Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex




Produk terbaru daripada RIM, iaitu BlackBerry Bold 9700 telah pun diumumkan secara rasminya hari ini, setelah sekian lama dispekulasikan oleh para pemerhati. Bagi pengguna BlackBerry Bold 9000, dengan mengemaskini kepada gajet terbaru ini, anda akan mendapat memori aplikasi tambahan, beserta dengan penambahbaikkan kepada kelajuan prosessor dan juga kamera. Bold 9700 juga membawakan rekabentuk terkini yang amat memikat hati.

BlackBerry Bold 9700

Secara ringkasnya, BlackBerry Bold 9700 membawakan kamera 3.2-MegaPixel dengan keupayaan auoto-fokus, processor baru dengan kelajuan 624MHz, dan juga memori terbina 256 Mb, sokongan WiFi, dan Bluetooth. Selain daripada itu, Bold 9700 menggunakan sistem OS 5.0, yang mana diguna-pakai pada Storm 2. Masih tiada sebarang informasi berkaitan harga dan tarikh pelepasan BlackBerry Bold 9700.

Setelah menutup sementara laman Apple Store semalam, kini ianya kembali beroperasi semula dengan beberapa produk baru. Antara produk baru yang diperkenalkan kini adalah iMac baru dengan pilihan skrin seluas 21.5-inch dan juga 27-inch, Mac Mini dan MacBook yang dikemaskini, serta tetikus Magic Mouse, iaitu tetikus tanpa wayar pertama yang menggunakan teknologi Multi-Touch.

Apple Magic Mouse
Apple Magic Mouse Berharga RM229

Melalui teknologi Multi-Touch yang sebelum ini diaplikasikan pada iPhone, iPod Touch dan notebook Mac, ianya membolehkan para pengguna bernavigasi menggunakan jari dengan mudah, tanpa perlu skrol dan sebagainya. Apple Magic Mouse kini didatangkan pada harga RM229.00 dan boleh mula ditempah mulai sekarang, dan masa penghantaran dijangka mengambil sehingga 4 minggu, mengikut permintaan.

Apple iMac yang baru pula membawakan rekabentuk yang amat menarik sekali seperti produk Apple yang lain, selain dilengkapkan dengan cip Intel Core 2 Duo bermula daripada 3.06GHz, dan turut didatangkan dalam Core i5 dan juga i7 untuk prestasi yang lebih menarik. Ianya juga didatangkan dengan papan kekunci tanpa wayar serta tetikus Apple Magic Mouse. Harga pengenalan bermula daripada RM4,299.

Pada ketika membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri terkini dan terbaru, Nokia pada masa yang sama turut membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang minimal, dan ringkas. Terbaru pada sirinya, Nokia memperkenalkan Nokia 2220, yang mana dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ke-empat tahun ini. Telefom bimbit yang kelihatan ringkas ini membawakan fungsi radio FM, sokongan GSM, dan bateri yang boleh bertahan selama 400 jam.

Nokia 2220
Nokia 2220 [via]

Selain daripada itu, Nokia 2220 juga turut sama membawakan skrin dengan resolusi 128 x 160 pixel, serta pelayar web Opera Mini yang disertakan sekali untuk tujuan pelayaran web. Nokia 2220 juga akan didatangkan dengan kamera VGA, namun masih tidak diketahui resolusi gambar yang bakal disokong olehnya. Harganya masih belum diketahui lagi.

Dalam dunia telefon bimbit yang bergerak pantas ini, Nokia sering muncul dengan inovasi demi inovasi dari masa ke semasa. Terkini, Nokia melalui siri telefon bimbitnya yang baru, memperkenalkan Nokia X6, iaitu telefon bimbit yang didatangkan dengan skrin sentuh, selain memfokuskan kepada multimedia, terutamanya permainan dan muzik. Ianya dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan November ini.

Buat masa ini, harga pengenalan Nokia X6 adalah diantara USD$897. Nokia juga dijangka akan memperkenalkan dua bentuk Nokia X6, iaitu satu dengan fungsi dan didatangkan dengan servis khas iaitu muzik, dan satu lagi tanpanya. Nokia X6 tanpa muzik dijangka akan dijual pada harga yang lebih murah, iaitu pada lingkungan USD$345. Selain daripada itu, kapasiti simpanan juga berbeza, iaitu dengan muzik menawarkan ruangan sebanyak 32GB manakala tanpa muzik hanya menawarkan ruangan sebanyak 16GB.

Nokia X6 juga bakal menawarkan akses pantas kepada Ovi Store, dan beberapa laman sosial terkemuka seperti Facebook dan sebagainya. Nokia X6 didatangkan dengan skrin sentuh seluas 3.2-inch, dan menawarkan fungsi multimedia dan hiburan yang amat menarik sekali.

Salah satu perkara menarik berkaitan dengan Sony adalah dimana mereka gemar mengintegrasikan segala gajet mereka antara satu sama lain, sekaligus memudahkan para pengguna mereka. Terkini, Sony Ericsson memperkenalkan telefon bimbit Aino yang mana salah satu fungsi padanya membolehkan para pengguna mengawal konsol PlayStation 3 dengan mudah, melalui suatu fungsi khas yang dinamakan Remote Play.

Aino
Sony Ericsson Aino

Melalui Aino, para pengguna boleh mengawal beberapa fungsi asas PlayStation 3, seperti membuka dan menutupnya, mengawal antaramuka XMB, akses ke internet dan log masuk ke rangkaian PS3, selain menghantar mesej kepada rakan-rakan yang lain. Anda juga turut sama boleh merakam menggunakan PlayTV.

Proses pengintegrasian Aino dengan PlayStation 3 juga adalah amat mudah. Anda hanya perlu mendaftarkan Aino kepada fungsi Remote Play di PS3, dan anda akan mendapat kod lapan angka untuk mengintegrasikan Aino bersama PS3. Selepas memasukkan kod tersebut, anda sudah boleh mengawal PS3 menggunakan Aino.

Buat masa ini, Aino masih lagi belum tiba di Malaysia, dan mungkin akan tiba dalam masa terdekat ini. Aino kini dijual di Eropah pada harga $400, iaitu bersamaan USD$650.

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!