Setelah menutup sementara laman Apple Store semalam, kini ianya kembali beroperasi semula dengan beberapa produk baru. Antara produk baru yang diperkenalkan kini adalah iMac baru dengan pilihan skrin seluas 21.5-inch dan juga 27-inch, Mac Mini dan MacBook yang dikemaskini, serta tetikus Magic Mouse, iaitu tetikus tanpa wayar pertama yang menggunakan teknologi Multi-Touch.

Apple Magic Mouse Berharga RM229
Melalui teknologi Multi-Touch yang sebelum ini diaplikasikan pada iPhone, iPod Touch dan notebook Mac, ianya membolehkan para pengguna bernavigasi menggunakan jari dengan mudah, tanpa perlu skrol dan sebagainya. Apple Magic Mouse kini didatangkan pada harga RM229.00 dan boleh mula ditempah mulai sekarang, dan masa penghantaran dijangka mengambil sehingga 4 minggu, mengikut permintaan.
Apple iMac yang baru pula membawakan rekabentuk yang amat menarik sekali seperti produk Apple yang lain, selain dilengkapkan dengan cip Intel Core 2 Duo bermula daripada 3.06GHz, dan turut didatangkan dalam Core i5 dan juga i7 untuk prestasi yang lebih menarik. Ianya juga didatangkan dengan papan kekunci tanpa wayar serta tetikus Apple Magic Mouse. Harga pengenalan bermula daripada RM4,299.

Fath
October 21st, 2009 (#)
Sangat SLEEK!
reezluv
October 21st, 2009 (#)
erm..menarik betui la iMac baru tu..kena sambar la nampaknya taun depan..haha
mrkaizer
November 8th, 2009 (#)
Apple kalau keluarkan satu2 produk tu mesti power2…
hydir
November 10th, 2009 (#)
tikus yg cantik dan user friendly
dari pembuat kepada pengguna kerana mereka juga adalah pengguna
naimz
November 11th, 2009 (#)
Produk Apple memang mempunyai kelainan yg tersendiri….setuju dgn mrkaizer