Google kini dalam pembangunan telefon bimbit mereka sendiri yang mana akan menjadi telefon bimbit pertama dengan tawaran panggilan tanpa had. Buat pertama kalinya, telefon bimbit akan dikeluarkan dimana, syarikat yang sama akan menyediakan aplikasi untuk telefon bimbit berkenaan selain menyediakan servis panggilan sekali. Google dijangkakan akan menggunakan Google Voice untuk Google Phone ini kelak.

Google Phone dijangkakan bakal menjadi salah satu telefon bimbit pintar yang berjaya, yang mana bakal didatangkan dengan skrin yang luas dan besar, disamping menggunakan prosessor yang mana kelajuannya lebih dua kali ganda lebih pantas berbanding Apple iPhone 3GS. Ianya juga dijangkakan akan menggunakan Android Flan yang mana membawakan fungsi permainan 3D yang amat pantas, sama seperti pada konsol permainan mudah alih yang lain.
Google Phone dijangka akan dibangunkan oleh pihak ketiga, dan berkemungkinan besar adalah HTC, dan akan menggunakan prossesor daripada Qualcomm. Menariknya, ianya bakal mengintegrasikan teknologi Google Voice, membolehkan para pengguna membuat panggilan di dalam US buat masa ini secara percuma. Ia juga menyokong fungsi untuk menukarkan voicemail kepada email, dan membawakan fungsi mesej teks secara percuma.
Sebelum ini, Google membeli syarikat Gizmo5 yang mana membawakan teknologi VoIP dan mengintegrasikannya bersama Google Voice, sekaligus menjadikan Google Voice sebuah pesaing besar kepada Skype. Ianya bakal membolehkan para pengguna membuat panggilan antara pengguna Google Phone secara percuma, selain membuat panggilan kepada komputer diseluruh dunia secara percuma.
Ini sekaligus akan mengubah dunia telekomunikasi, dimana segalanya dikendalikan oleh satu pihak yang sama, dan membawakan cabaran baru kepada penyedia telekomunikasi kerana kebanyakkan servis ditawarkan secara percuma. Sama-sama kita mengikuti perkembangan Google Phone dari masa ke semasa.