Buat masa ini, seperti sedia maklum, prosessor Intel Core i7 merupakan prosessor yang terpantas sekali, yang mana dibangunkan dan direkabentuk pada teknologi 45nm. Walaupun ianya sudah memperlihatkan keputusan yang amat memberansangkan buat masa ini, Intel terus maju dengan memperkenalkan Core i9 yang mana dijangka akan dilepaskan pada suku tahun pertama 2010.

Prosessor Intel Core i9 [via]
Core i9 “Gulftown” adalah prosessor berasaskan 32nm, yang mana membawakan prestasi yang amat mengagumkan sekali. Core i9 2.8GHz sendiri telah memperlihatkan prestasi yang amat menarik sekali apabila digunakan pada server. Walaubagaimanapun, Core i9 kelak akan menjadi prosessor paling mahal daripada Intel kelak, dan menggunakan tenaga sehingga 130W berbanding Core i7 yang hanya menggunakan 95W sahaja.

sankai
November 27th, 2009 (#)
i7 pun tak mampu lagi nak beli dah nak kuar plak i9….terang-terang bagitau proc paling mahal..ehehhe…
aizuddinmanap
December 7th, 2009 (#)
tau xpe,i7 pon aku xpnah sentuh ag.heheh
Extremist Thinker
December 8th, 2009 (#)
huuu. akoo nue masih lg pki intel pentiumM 740 processor!
AyieBlog
January 3rd, 2010 (#)
Assalamualaikum,fuyoo Core i9 gilalh Ayie baru nak try pakai i7 dan ada core i9 biar betul x terkejar Ayie