Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex




Tahun 2010 kelak akan membawakan trend terbaru dalam teknologi dan gajet pada radio dalam kereta, di mana kini, Ford telah mengumumkan kereta masa depan mereka yang bakal mengintegrasikan Radio HD dan juga pengintegrasian dengan fungsi tagging iTunes. Melalui Radio HD, para pengguna boleh menikmati radio dengan kualiti bunyi yang amat baik sekali.

Radio HD
Konsep Awal Ford

Radio HD juga turut membawakan saluran FM tambahan yang dikenali sebagai saluran HD2/HD3, selain memperlihatkan nama artis dan lagu ketika ianya dimainkan. Ini sekaligus memperlihatkan inovasi daripada pihak Ford yang memperkenalkan perkara dan teknologi baru dalam pembangunan kereta. Kereta pertama dengan teknologi sedemikian akan diperkenalkan pada tahun 2010 ini.

Beberapa ura-ura kini mengatakan yang mana konsol permainan yang diminati ramai, Nintendo Wii bakal membawakan generasi terbaru konsol Wii mereka. Buat masa ini, masih tiada sebarang nama rasmi untuk produk tersebut, dan kini dipanggil sebagai Wii 2. Berdasarkan beberapa maklumat di internet, ianya memperlihatkan yang mana Nintendo kini sedang dalam perbincangan bersama Intel yang mana berkait rapat dengan platform hybrid Larrabee GPU/CPU milik Intel.

Wii

Ianya merupakan suatu langkah yang bagus daripada Nintendo, kerana melalui kerjasama ini, mereka akan dapat membawakan fungsi yang dipertingkatkan dari segi grafik dan juga dari kuasa perkomputeran berbanding yang terdapat pada masa kini pada platform Wii. Buat masa kini, spekulasi masih lagi samar-samar dan memandangkan persaingan antara konsol permainan agak sengit, dan dengan penggunaan Larabee ini, Nintendo masih dapat bersaing dari segi kos bersama beberapa penyedia yang lain.

Setelah pelbagai teka-teki, kini ianya dikatakan yang mana Tablet daripada Apple akan diperkenalkan seawal bulan Januari ini. Menariknya pada tablet itu kelak, dikatakan beberapa aplikasi iPhone turut boleh dijalankan pada gajet yang mempunyai skrin yang lebih besar ini. Baru-baru ini, Apple telah pun menempah suatu ruangan khas di San Francisco pada hujung bulan Januari ini, dan ianya dijangka Apple akan memperkenalkan tablet mereka pada masa ini kelak.

Apple Tablet

Malah, ianya dijangka tablet daripada Apple ini akan dinamakan sebagai iSlate. Walaupun tiada sebarang perkara perkara yang dikaitkan dengan nama tersebut, pembelian domain tersebut pada 2007 dikaitkan oleh para penganalisa dengan tablet daripada Apple ini. Selain daripada itu, pada masa yang sama, dijangka banyak lagi tablet yang akan diperkenalkan pada tahun depan, dan ada yang sudah mula mengatakan yang mana tahun 2010 adalah tahun untuk PC Tablet.

Sejak diperkenalkan kepada umum beberapa hari yang lalu, Nexus One telah mendapat perhatian ramai, dan telefon bimbit yang juga dipanggil sebagai Google Phone ini ditunggu ramai untuk kepasaran, yang mana dikatakan akan mula dijual mulai bulan Januari ini. Menariknya, hari ini, beberapa video turut kelihatan memperlihatkan skrin boot Nexus One yang serba menarik sekali.

Pada masa yang sama, Nexus One juga dikatakan akan didatangkan dengan perisian DoubleTwist, membolehkan anda sync telefon bimbit anda dengan PC dengan mudah. Melalui kemaskini terkini DoubleTwist, ianya membawakan sokongan kepada telefon Android, Nexus One. Buat masa ini, walaupun tiada sebarang tarikh rasmi, ianya dikatakan yang mana Nexus One akan berada di pasaran US mulai minggu pertama Januari.

Anda sering menggunakan GMail? Tahukah anda, terdapat lebih 69 kekunci pintas yang boleh digunakan ketika menggunakan GMail, dan ianya tentu amat menyusahkan anda sekiranya anda tidak ketahui fungsi setiap satunya. Untuk memudahkan para pengguna, GBoard membawakan papan kekunci khas yang kecil dan comel khas untuk servis emel daripada Google. GBoard yang didatangkan dengan 19 kekunci yang berwarna mengikut tema GMail ini dijual pada harga $19.99.

GBoard
Papan Kekunci GBoard

GBoard ini menggunakan USB untuk disambungkan kepada komputer anda, dan tidak memerlukan sebarang perisian khas untuk menggunakannya. Walaubagaimanapun, anda perlulah terlebih dahulu mengaktifkan fungsi GMail ShortCut pada akaun GMail anda sebelum dapat menggunakannya.