Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex





Apple iPad Membawakan Revolusi Dunia Tablet

Setelah pelbagai spekulasi dan ura-ura, akhirnya Apple telah pun memperkenalkan tablet Apple mereka yang dinanti-nanti ramai pihak. Menariknya, nama gajet terbaru daripada Apple ini bukanlah iSlate seperti yang dispekulasikan, tetapi ianya diberikan nama iPad, serta menggunakan sistem operasi hibrid iPhone OS yang diubah suai untuk memenuhi spesifikasi tablet, serta menggunakan cip prosessor yang khas iaitu cip 1GHz Apple A4, serta berskrin seluas 9.7-inch dengan fungsi sentuh sepenuhnya.

Steve Jobs dan iPad
Steve Jobs Memperkenalkan Tablet Apple iPad

Secara ringkasnya, iPad membawakan kesemua fungsi yang diperlukan pada masa kini, termasuk membolehkan para pengguna berhubung dimana jua, selain melakukan kerja komputer asas dengan mudah, selain membawakan rekabentuk yang menarik (seperti iPhone versi besar). Tablet Apple iPad ini juga membawakan pengalaman pelayaran web yang menarik, serta diintegrasikan sepenuhnya pada iTunes serta beberapa laman sosial terkemuka dunia, serta boleh digunakan sebagai eBook Reader. Menariknya, anda juga boleh menggunakan iPad ini untuk bermain permainan serta menonton video HD dengan mudah.

Papan Kunci iPad
Papan Kekunci Pada Skrin Apple iPad

Sokongan Gajet Tambahan
Apple iPad Turut Menyokong Gajet Tambahan

Apple iPad didatangkan dengan prosessor milik Apple sendiri, iaitu cip 1GHz Apple A4, sokongan Bluetooth dan WiFi yang terbina, sepaker dan mikrofon, setebal 0.5-inch, dan iPad ini seberat 1.5 pound, serta didatangkan dengan fungsi Accelerometer dan juga Compass.

Pandangan Belakang iPad
Pandangan Belakang Tablet Apple iPad

Tablet Apple iPad
Tablet Apple iPad

Apple iPad ini didatangkan dalam pelbagai variasi, iaitu melalui perbezaan ruangan storan antara 16Gb hingga 64Gb serta sokongan sambungan internet, iaitu dalam variasi hanya WiFi dan juga model yang menyokong 3G. iPad 16GB WiFi berharga cuma USD$499, serta iPad 64GB WiFi berharga USD$699. Untuk versi 3G pula, para pengguna hanya perlu menambah $130 lagi untuk setiap versi. Ianya dijangka akan mula dijual seawal 60 hari lagi bagi versi WiFi manakala 90 hari lagi bagi versi 3G.

Tinggalkan Komen Dan Pandangan Anda