Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex





Lenovo Memperlihatkan Smartbook Mereka – SkyLight

Lenovo hari ini telah pun memperlihatkan smartbook mereka yang dinamakan sebagai SkyLight. Smartbook, pada asasnya merupakan hibrid antara telefon bimbit pintar dan juga netbook, dimana ianya secara dasarnya merupakan netbook, cuma didatangkan dengan fungsi yang biasanya terdapat pada telefon bimbit seperti ketahanan bateri yang lebih lama. Lenovo SkyLight ini juga turut membawakan pelbagai fungsi menarik yang lain yang tampak menarik sekali.

Lenovo Skylight

SkyLight ini mempunyai skrin seluas 10.1-inch, dan ketebalannya lebih nipis jika dibandingkan dengan netbook yang terdapat di pasaran pada masa kini. Menariknya, SkyLight tidak menggunakan prosessor x86 yang sering digunakan dalam pembangunan netbook, sebaliknya menggunakan kebolehan ARM yang membolehkan ianya berfungsi pada kelajuan 1GHz. Selain daripada itu, SkyLight turut didatangkan dengan ruangan storang sebesar 20GB, serta storan dalam internet sebesar 2GB. Resolusi skrin yang ditawarkan oleh skyLight ini adalah seluas 1280×720, serta didatangkan dengan kebolehan untuk sambung ke internet melalui WiFi yang terbina.

Smartbook daripada Lenovo ini menggunakan sistem operasi Linux-nya yang tersendiri, dimana ianya diintegrasikan dengan aplikasi web seperti Facebook dan GMail, serta memberikan pengalaman pelayaran web yang menarik sekali. Ianya juga menawarkan fungsi multimedia yang menarik sekali seperti pada telefon bimbit pintar. Menariknya, SkyLight ini mampu bertahan selama lebih 10jam dengan hanya menggunakan bateri sahaja.

Ianya bakal dijual pada harga $499 mulai bulan April ini di US, dan akan dijual di luar negara mulai pertengahan tahun ini.

2 Komen dan Pandangan untuk entri “Lenovo Memperlihatkan Smartbook Mereka – SkyLight”

  1. mrkaizer

    Wah cun gak ek.Dia guna linux apa aman.


  2. Dr House

    Haish. Feminin betui bentuk laptop ni.


Tinggalkan Komen Dan Pandangan Anda