Pembuat telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia kini telah pun memperkenalkan versi terbaru telefon bimbit mereka, yang mana dikenali sebagai Nokia X6 16GB. Ianya membawakan separuh daripada ruangan storan asal pada Nokia X6, serta tidak lagi membawakan label Comes With Music seperti pada Nokia X6. Walaubagaimanapun, ianya masih merupakan salah satu telefon bimbit yang menarik dengan sistem operasi Symbian yang terkini, iaitu Symbian^1.

Nokia X6 16GB didatangkan bersama skrin 3.2-inch dengan fungsi skrin sentuh, selain mempunyai masa bertahan sehingga 18 hari, selain masa mendengar music selama 35 jam, dan masa bercakap selama lebih 11.5 jam. Nokia X6 juga didatangkan dengan kamera 5-megapixel dengan fungsi optik Carl Zeiss, serta kebolehan TV-out untuk membolehkan para pengguna menonton video yang dirakam pada skrin televisyen. Anda juga boleh mengedit video yang dirakam secara terus pada Nokia X6 dengan aplikasi edit video yang didatangkan bersama.
Nokia X6 16GB ini juga didatangkan bersama fungsi Ovi Maps yang baru diperkenalkan, serta permainan sedia ada yang popular seperti Spore, dan DJ Mix Tour. Ianya dijangka akan mula dijual mulai suku tahun pertama tahun ini, dan dijangka akan dijual pada harga yang lebih murah daripada Nokia X6.
