Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex





Tablet Apple Akan Mula Di Jual Mulai Bulan Mac

Kita sudah pun mendengar akan pelbagai ura-ura berkaitan dengan tablet daripada Apple, yang mana dikatakan akan diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini, selain akan membawakan sistem operasi serba baru, Mac OS X 10.7 Clouded Leopard. Terkini, dikatakan yang mana Apple bakal mulakan jualan tablet Apple yang dinantikan ramai ini mulai bulan Mac 2010 kelak.

MacRumors hari ini mengatakan yang mana Apple dijangkakan akan mulakan jualan tablet PC mereka mulai bulan Mac ini, namun tarikh itu mungkin berubah, dan akan membawakan skrin seluas 10 hingga 11-inch. Harga untuk produk ini dikatakan akan dijual pada harga kurang $1000, menjadikannya ianya mampu dimiliki oleh para pengguna.

Sekiranya mengikut kepada ura-ura sebelum ini, Apple akan memperlihatkan PC tablet mereka kepada umum pada penghujung bulan ini, atau lebih tepat lagi, pada 27 Januari ini, di San Francisco.

2 Komen dan Pandangan untuk entri “Tablet Apple Akan Mula Di Jual Mulai Bulan Mac”

  1. Aelfi

    mcm best je ni..


  2. mohdisa

    hoho, tak mampu kot nak beli. hehe


Tinggalkan Komen Dan Pandangan Anda