Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex




Setelah pelbagai spekulasi dan ura-ura, akhirnya Apple telah pun memperkenalkan tablet Apple mereka yang dinanti-nanti ramai pihak. Menariknya, nama gajet terbaru daripada Apple ini bukanlah iSlate seperti yang dispekulasikan, tetapi ianya diberikan nama iPad, serta menggunakan sistem operasi hibrid iPhone OS yang diubah suai untuk memenuhi spesifikasi tablet, serta menggunakan cip prosessor yang khas iaitu cip 1GHz Apple A4, serta berskrin seluas 9.7-inch dengan fungsi sentuh sepenuhnya.

Steve Jobs dan iPad
Steve Jobs Memperkenalkan Tablet Apple iPad

Secara ringkasnya, iPad membawakan kesemua fungsi yang diperlukan pada masa kini, termasuk membolehkan para pengguna berhubung dimana jua, selain melakukan kerja komputer asas dengan mudah, selain membawakan rekabentuk yang menarik (seperti iPhone versi besar). Tablet Apple iPad ini juga membawakan pengalaman pelayaran web yang menarik, serta diintegrasikan sepenuhnya pada iTunes serta beberapa laman sosial terkemuka dunia, serta boleh digunakan sebagai eBook Reader. Menariknya, anda juga boleh menggunakan iPad ini untuk bermain permainan serta menonton video HD dengan mudah.

Papan Kunci iPad
Papan Kekunci Pada Skrin Apple iPad

Sokongan Gajet Tambahan
Apple iPad Turut Menyokong Gajet Tambahan

Apple iPad didatangkan dengan prosessor milik Apple sendiri, iaitu cip 1GHz Apple A4, sokongan Bluetooth dan WiFi yang terbina, sepaker dan mikrofon, setebal 0.5-inch, dan iPad ini seberat 1.5 pound, serta didatangkan dengan fungsi Accelerometer dan juga Compass.

Pandangan Belakang iPad
Pandangan Belakang Tablet Apple iPad

Tablet Apple iPad
Tablet Apple iPad

Apple iPad ini didatangkan dalam pelbagai variasi, iaitu melalui perbezaan ruangan storan antara 16Gb hingga 64Gb serta sokongan sambungan internet, iaitu dalam variasi hanya WiFi dan juga model yang menyokong 3G. iPad 16GB WiFi berharga cuma USD$499, serta iPad 64GB WiFi berharga USD$699. Untuk versi 3G pula, para pengguna hanya perlu menambah $130 lagi untuk setiap versi. Ianya dijangka akan mula dijual seawal 60 hari lagi bagi versi WiFi manakala 90 hari lagi bagi versi 3G.

Setelah pelbagai teka-teki, kini ianya dikatakan yang mana Tablet daripada Apple akan diperkenalkan seawal bulan Januari ini. Menariknya pada tablet itu kelak, dikatakan beberapa aplikasi iPhone turut boleh dijalankan pada gajet yang mempunyai skrin yang lebih besar ini. Baru-baru ini, Apple telah pun menempah suatu ruangan khas di San Francisco pada hujung bulan Januari ini, dan ianya dijangka Apple akan memperkenalkan tablet mereka pada masa ini kelak.

Apple Tablet

Malah, ianya dijangka tablet daripada Apple ini akan dinamakan sebagai iSlate. Walaupun tiada sebarang perkara perkara yang dikaitkan dengan nama tersebut, pembelian domain tersebut pada 2007 dikaitkan oleh para penganalisa dengan tablet daripada Apple ini. Selain daripada itu, pada masa yang sama, dijangka banyak lagi tablet yang akan diperkenalkan pada tahun depan, dan ada yang sudah mula mengatakan yang mana tahun 2010 adalah tahun untuk PC Tablet.

Anda sering menggunakan GMail? Tahukah anda, terdapat lebih 69 kekunci pintas yang boleh digunakan ketika menggunakan GMail, dan ianya tentu amat menyusahkan anda sekiranya anda tidak ketahui fungsi setiap satunya. Untuk memudahkan para pengguna, GBoard membawakan papan kekunci khas yang kecil dan comel khas untuk servis emel daripada Google. GBoard yang didatangkan dengan 19 kekunci yang berwarna mengikut tema GMail ini dijual pada harga $19.99.

GBoard
Papan Kekunci GBoard

GBoard ini menggunakan USB untuk disambungkan kepada komputer anda, dan tidak memerlukan sebarang perisian khas untuk menggunakannya. Walaubagaimanapun, anda perlulah terlebih dahulu mengaktifkan fungsi GMail ShortCut pada akaun GMail anda sebelum dapat menggunakannya.

Buat masa ini, seperti sedia maklum, prosessor Intel Core i7 merupakan prosessor yang terpantas sekali, yang mana dibangunkan dan direkabentuk pada teknologi 45nm. Walaupun ianya sudah memperlihatkan keputusan yang amat memberansangkan buat masa ini, Intel terus maju dengan memperkenalkan Core i9 yang mana dijangka akan dilepaskan pada suku tahun pertama 2010.

Gulftown
Prosessor Intel Core i9 [via]

Core i9 “Gulftown” adalah prosessor berasaskan 32nm, yang mana membawakan prestasi yang amat mengagumkan sekali. Core i9 2.8GHz sendiri telah memperlihatkan prestasi yang amat menarik sekali apabila digunakan pada server. Walaubagaimanapun, Core i9 kelak akan menjadi prosessor paling mahal daripada Intel kelak, dan menggunakan tenaga sehingga 130W berbanding Core i7 yang hanya menggunakan 95W sahaja.

Melalui kerjasama bersama OpenOffice, WarMouse kini memperkenalkan OpenOfficeMouse yang mana merupakan tetikus pertama yang direkabentuk khas untuk aplikasi pejabat OpenOffice, selain membawakan sebanyak 18 butang serta satu joystick analog, serta sokongan kepada lebih 52 arahan. Salah satu tujuan utama OpenOfficeMouse adalah untuk membolehkan para pengguna menggunaan OpenOffice dengan lebih efisyen berbanding sebelumnya.

OpenOffice Mouse
OpenOfficeMouse

OpenOfficeMouse didatangkan dengan 18 butang yang mana boleh ditetapkan fungsinya, roda tetikus yang turut sama boleh diklik, memori flash sebanyak 512k, sokongan kepada lebih 63 profail aplikasi yang boleh ditetapkan pada tetikus, sokongan terbina kepada lebih 20 aplikasi termasuk Adobe Photoshop, GIMP, World of WarCraft serta Call of Duty.

OpenOfficeMouse turut membawakan sokongan kepada sistem operasi Windows, Linux serta Macintosh, dan dijual pada harga $74.99.

Setelah menutup sementara laman Apple Store semalam, kini ianya kembali beroperasi semula dengan beberapa produk baru. Antara produk baru yang diperkenalkan kini adalah iMac baru dengan pilihan skrin seluas 21.5-inch dan juga 27-inch, Mac Mini dan MacBook yang dikemaskini, serta tetikus Magic Mouse, iaitu tetikus tanpa wayar pertama yang menggunakan teknologi Multi-Touch.

Apple Magic Mouse
Apple Magic Mouse Berharga RM229

Melalui teknologi Multi-Touch yang sebelum ini diaplikasikan pada iPhone, iPod Touch dan notebook Mac, ianya membolehkan para pengguna bernavigasi menggunakan jari dengan mudah, tanpa perlu skrol dan sebagainya. Apple Magic Mouse kini didatangkan pada harga RM229.00 dan boleh mula ditempah mulai sekarang, dan masa penghantaran dijangka mengambil sehingga 4 minggu, mengikut permintaan.

Apple iMac yang baru pula membawakan rekabentuk yang amat menarik sekali seperti produk Apple yang lain, selain dilengkapkan dengan cip Intel Core 2 Duo bermula daripada 3.06GHz, dan turut didatangkan dalam Core i5 dan juga i7 untuk prestasi yang lebih menarik. Ianya juga didatangkan dengan papan kekunci tanpa wayar serta tetikus Apple Magic Mouse. Harga pengenalan bermula daripada RM4,299.