Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex




Tahun 2010 kelak akan membawakan trend terbaru dalam teknologi dan gajet pada radio dalam kereta, di mana kini, Ford telah mengumumkan kereta masa depan mereka yang bakal mengintegrasikan Radio HD dan juga pengintegrasian dengan fungsi tagging iTunes. Melalui Radio HD, para pengguna boleh menikmati radio dengan kualiti bunyi yang amat baik sekali.

Radio HD
Konsep Awal Ford

Radio HD juga turut membawakan saluran FM tambahan yang dikenali sebagai saluran HD2/HD3, selain memperlihatkan nama artis dan lagu ketika ianya dimainkan. Ini sekaligus memperlihatkan inovasi daripada pihak Ford yang memperkenalkan perkara dan teknologi baru dalam pembangunan kereta. Kereta pertama dengan teknologi sedemikian akan diperkenalkan pada tahun 2010 ini.

Beberapa ura-ura kini mengatakan yang mana konsol permainan yang diminati ramai, Nintendo Wii bakal membawakan generasi terbaru konsol Wii mereka. Buat masa ini, masih tiada sebarang nama rasmi untuk produk tersebut, dan kini dipanggil sebagai Wii 2. Berdasarkan beberapa maklumat di internet, ianya memperlihatkan yang mana Nintendo kini sedang dalam perbincangan bersama Intel yang mana berkait rapat dengan platform hybrid Larrabee GPU/CPU milik Intel.

Wii

Ianya merupakan suatu langkah yang bagus daripada Nintendo, kerana melalui kerjasama ini, mereka akan dapat membawakan fungsi yang dipertingkatkan dari segi grafik dan juga dari kuasa perkomputeran berbanding yang terdapat pada masa kini pada platform Wii. Buat masa kini, spekulasi masih lagi samar-samar dan memandangkan persaingan antara konsol permainan agak sengit, dan dengan penggunaan Larabee ini, Nintendo masih dapat bersaing dari segi kos bersama beberapa penyedia yang lain.