Ikuti kemaskini kami melalui → RSS / Twitter / Email | Rangkaian : aMaNz / LinuxMalaya / GadgetFlex




Pembuat telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia kini telah pun memperkenalkan versi terbaru telefon bimbit mereka, yang mana dikenali sebagai Nokia X6 16GB. Ianya membawakan separuh daripada ruangan storan asal pada Nokia X6, serta tidak lagi membawakan label Comes With Music seperti pada Nokia X6. Walaubagaimanapun, ianya masih merupakan salah satu telefon bimbit yang menarik dengan sistem operasi Symbian yang terkini, iaitu Symbian^1.

Nokia X6 16Gb

Nokia X6 16GB didatangkan bersama skrin 3.2-inch dengan fungsi skrin sentuh, selain mempunyai masa bertahan sehingga 18 hari, selain masa mendengar music selama 35 jam, dan masa bercakap selama lebih 11.5 jam. Nokia X6 juga didatangkan dengan kamera 5-megapixel dengan fungsi optik Carl Zeiss, serta kebolehan TV-out untuk membolehkan para pengguna menonton video yang dirakam pada skrin televisyen. Anda juga boleh mengedit video yang dirakam secara terus pada Nokia X6 dengan aplikasi edit video yang didatangkan bersama.

Nokia X6 16GB ini juga didatangkan bersama fungsi Ovi Maps yang baru diperkenalkan, serta permainan sedia ada yang popular seperti Spore, dan DJ Mix Tour. Ianya dijangka akan mula dijual mulai suku tahun pertama tahun ini, dan dijangka akan dijual pada harga yang lebih murah daripada Nokia X6.

Sejak diperkenalkan kepada umum beberapa hari yang lalu, Nexus One telah mendapat perhatian ramai, dan telefon bimbit yang juga dipanggil sebagai Google Phone ini ditunggu ramai untuk kepasaran, yang mana dikatakan akan mula dijual mulai bulan Januari ini. Menariknya, hari ini, beberapa video turut kelihatan memperlihatkan skrin boot Nexus One yang serba menarik sekali.

Pada masa yang sama, Nexus One juga dikatakan akan didatangkan dengan perisian DoubleTwist, membolehkan anda sync telefon bimbit anda dengan PC dengan mudah. Melalui kemaskini terkini DoubleTwist, ianya membawakan sokongan kepada telefon Android, Nexus One. Buat masa ini, walaupun tiada sebarang tarikh rasmi, ianya dikatakan yang mana Nexus One akan berada di pasaran US mulai minggu pertama Januari.

Selain daripada Android, terkini sebuah telefon bimbit yang berasaskan sistem operasi Linux diperkenalkan. Telefon bimbit pintar yang dikenali sebagai First Else ini menggunakan sistem operasi yang dipanggil Else Intuition. Ianya menggunakan skrin sentuh penuh, yang mana dijangkakan akan mula dijual pada tahun hadapan. First Else bakal didatangkan dengan kebolehan hardware yang berkuasa tinggi, disamping sistem operasinya yang bakal mengagumkan semua pihak.

First Else

First Else bakal menggunakan prosessor TI OMAP 3430, RAM sebanyak 256MB dan juga ruangan simpanan dalaman terbina sehingga 16GB. Selain daripada itu, First Else juga membawakan skrin sebesar 3.5-inch dengan resolusi 480 x 854 pixel, dengan sokongan warna 256K, serta kamera terbina 5-MegaPixel dengan kebolehan auto-fokus. Selain daripada itu, First Else juga didatangkan dengan sokongan sambungan Bluetooth, dan Wi-Fi.

Menariknya, Else dibangunkan dengan kebolehan untuk digunakan dengan hanya satu tangan sahaja. First Else dijangkakan akan dilepaskan dan mula dijual mulai suku tahun kedua tahun 2010. Anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan First Else pada halaman rasmi mereka.

Telefon bimbit daripada Nokia ini yang tampak menarik dan amat mudah sekali dikendalikan, membawakan kamera 8 megapixel membolehkan para kaki fotografi menggunakannya sebagai ganti sekiranya terlupa membawa kamera. Pada masa yang sama, Nokia N86 8MP ini membawakan fungsi sudut luas Carl Zeiss Tessar yang biasa digunakan dalam pengambaran panorama, selain membawakan gambar yang lebih jelas dan masa tangkap yang lebih cepat.

N86

Selain daripada fungsi kamera yang sememangnya menarik, Nokia N86 8MP juga membawakan memori terbina dalaman sehingga 8GB yang boleh memuatkan sehingga 4000 gambar dan imej. Telefon bimbit daripada Nokia ini juga didatangkan dengan skrin kalis calar, serta papan kekunci seperti mana yang terdapat pada N-Series yang lain.

Nokia N86 8MP ini boleh didapati pada harga RM1,850.

Google kini dalam pembangunan telefon bimbit mereka sendiri yang mana akan menjadi telefon bimbit pertama dengan tawaran panggilan tanpa had. Buat pertama kalinya, telefon bimbit akan dikeluarkan dimana, syarikat yang sama akan menyediakan aplikasi untuk telefon bimbit berkenaan selain menyediakan servis panggilan sekali. Google dijangkakan akan menggunakan Google Voice untuk Google Phone ini kelak.

GooglePhone

Google Phone dijangkakan bakal menjadi salah satu telefon bimbit pintar yang berjaya, yang mana bakal didatangkan dengan skrin yang luas dan besar, disamping menggunakan prosessor yang mana kelajuannya lebih dua kali ganda lebih pantas berbanding Apple iPhone 3GS. Ianya juga dijangkakan akan menggunakan Android Flan yang mana membawakan fungsi permainan 3D yang amat pantas, sama seperti pada konsol permainan mudah alih yang lain.

Google Phone dijangka akan dibangunkan oleh pihak ketiga, dan berkemungkinan besar adalah HTC, dan akan menggunakan prossesor daripada Qualcomm. Menariknya, ianya bakal mengintegrasikan teknologi Google Voice, membolehkan para pengguna membuat panggilan di dalam US buat masa ini secara percuma. Ia juga menyokong fungsi untuk menukarkan voicemail kepada email, dan membawakan fungsi mesej teks secara percuma.

Sebelum ini, Google membeli syarikat Gizmo5 yang mana membawakan teknologi VoIP dan mengintegrasikannya bersama Google Voice, sekaligus menjadikan Google Voice sebuah pesaing besar kepada Skype. Ianya bakal membolehkan para pengguna membuat panggilan antara pengguna Google Phone secara percuma, selain membuat panggilan kepada komputer diseluruh dunia secara percuma.

Ini sekaligus akan mengubah dunia telekomunikasi, dimana segalanya dikendalikan oleh satu pihak yang sama, dan membawakan cabaran baru kepada penyedia telekomunikasi kerana kebanyakkan servis ditawarkan secara percuma. Sama-sama kita mengikuti perkembangan Google Phone dari masa ke semasa.

Produk terbaru daripada RIM, iaitu BlackBerry Bold 9700 telah pun diumumkan secara rasminya hari ini, setelah sekian lama dispekulasikan oleh para pemerhati. Bagi pengguna BlackBerry Bold 9000, dengan mengemaskini kepada gajet terbaru ini, anda akan mendapat memori aplikasi tambahan, beserta dengan penambahbaikkan kepada kelajuan prosessor dan juga kamera. Bold 9700 juga membawakan rekabentuk terkini yang amat memikat hati.

BlackBerry Bold 9700

Secara ringkasnya, BlackBerry Bold 9700 membawakan kamera 3.2-MegaPixel dengan keupayaan auoto-fokus, processor baru dengan kelajuan 624MHz, dan juga memori terbina 256 Mb, sokongan WiFi, dan Bluetooth. Selain daripada itu, Bold 9700 menggunakan sistem OS 5.0, yang mana diguna-pakai pada Storm 2. Masih tiada sebarang informasi berkaitan harga dan tarikh pelepasan BlackBerry Bold 9700.

Pada ketika membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri terkini dan terbaru, Nokia pada masa yang sama turut membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang minimal, dan ringkas. Terbaru pada sirinya, Nokia memperkenalkan Nokia 2220, yang mana dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ke-empat tahun ini. Telefom bimbit yang kelihatan ringkas ini membawakan fungsi radio FM, sokongan GSM, dan bateri yang boleh bertahan selama 400 jam.

Nokia 2220
Nokia 2220 [via]

Selain daripada itu, Nokia 2220 juga turut sama membawakan skrin dengan resolusi 128 x 160 pixel, serta pelayar web Opera Mini yang disertakan sekali untuk tujuan pelayaran web. Nokia 2220 juga akan didatangkan dengan kamera VGA, namun masih tidak diketahui resolusi gambar yang bakal disokong olehnya. Harganya masih belum diketahui lagi.

Dalam dunia telefon bimbit yang bergerak pantas ini, Nokia sering muncul dengan inovasi demi inovasi dari masa ke semasa. Terkini, Nokia melalui siri telefon bimbitnya yang baru, memperkenalkan Nokia X6, iaitu telefon bimbit yang didatangkan dengan skrin sentuh, selain memfokuskan kepada multimedia, terutamanya permainan dan muzik. Ianya dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan November ini.

Buat masa ini, harga pengenalan Nokia X6 adalah diantara USD$897. Nokia juga dijangka akan memperkenalkan dua bentuk Nokia X6, iaitu satu dengan fungsi dan didatangkan dengan servis khas iaitu muzik, dan satu lagi tanpanya. Nokia X6 tanpa muzik dijangka akan dijual pada harga yang lebih murah, iaitu pada lingkungan USD$345. Selain daripada itu, kapasiti simpanan juga berbeza, iaitu dengan muzik menawarkan ruangan sebanyak 32GB manakala tanpa muzik hanya menawarkan ruangan sebanyak 16GB.

Nokia X6 juga bakal menawarkan akses pantas kepada Ovi Store, dan beberapa laman sosial terkemuka seperti Facebook dan sebagainya. Nokia X6 didatangkan dengan skrin sentuh seluas 3.2-inch, dan menawarkan fungsi multimedia dan hiburan yang amat menarik sekali.

Salah satu perkara menarik berkaitan dengan Sony adalah dimana mereka gemar mengintegrasikan segala gajet mereka antara satu sama lain, sekaligus memudahkan para pengguna mereka. Terkini, Sony Ericsson memperkenalkan telefon bimbit Aino yang mana salah satu fungsi padanya membolehkan para pengguna mengawal konsol PlayStation 3 dengan mudah, melalui suatu fungsi khas yang dinamakan Remote Play.

Aino
Sony Ericsson Aino

Melalui Aino, para pengguna boleh mengawal beberapa fungsi asas PlayStation 3, seperti membuka dan menutupnya, mengawal antaramuka XMB, akses ke internet dan log masuk ke rangkaian PS3, selain menghantar mesej kepada rakan-rakan yang lain. Anda juga turut sama boleh merakam menggunakan PlayTV.

Proses pengintegrasian Aino dengan PlayStation 3 juga adalah amat mudah. Anda hanya perlu mendaftarkan Aino kepada fungsi Remote Play di PS3, dan anda akan mendapat kod lapan angka untuk mengintegrasikan Aino bersama PS3. Selepas memasukkan kod tersebut, anda sudah boleh mengawal PS3 menggunakan Aino.

Buat masa ini, Aino masih lagi belum tiba di Malaysia, dan mungkin akan tiba dalam masa terdekat ini. Aino kini dijual di Eropah pada harga $400, iaitu bersamaan USD$650.