Selain daripada Android, terkini sebuah telefon bimbit yang berasaskan sistem operasi Linux diperkenalkan. Telefon bimbit pintar yang dikenali sebagai First Else ini menggunakan sistem operasi yang dipanggil Else Intuition. Ianya menggunakan skrin sentuh penuh, yang mana dijangkakan akan mula dijual pada tahun hadapan. First Else bakal didatangkan dengan kebolehan hardware yang berkuasa tinggi, disamping sistem operasinya yang bakal mengagumkan semua pihak.
Nokia N86 Membawakan Kamera 8 MegaPixel
Telefon bimbit daripada Nokia ini yang tampak menarik dan amat mudah sekali dikendalikan, membawakan kamera 8 megapixel membolehkan para kaki fotografi menggunakannya sebagai ganti sekiranya terlupa membawa kamera. Pada masa yang sama, Nokia N86 8MP ini membawakan fungsi sudut luas Carl Zeiss Tessar yang biasa digunakan dalam pengambaran panorama, selain membawakan gambar yang lebih jelas dan masa tangkap yang lebih cepat.
GooglePhone Bakal Mengubah Cara Bertelekomunikasi
Google kini dalam pembangunan telefon bimbit mereka sendiri yang mana akan menjadi telefon bimbit pertama dengan tawaran panggilan tanpa had. Buat pertama kalinya, telefon bimbit akan dikeluarkan dimana, syarikat yang sama akan menyediakan aplikasi untuk telefon bimbit berkenaan selain menyediakan servis panggilan sekali. Google dijangkakan akan menggunakan Google Voice untuk Google Phone ini kelak.
WarMouse Memperkenalkan OpenOfficeMouse Dengan 18 Butang
Melalui kerjasama bersama OpenOffice, WarMouse kini memperkenalkan OpenOfficeMouse yang mana merupakan tetikus pertama yang direkabentuk khas untuk aplikasi pejabat OpenOffice, selain membawakan sebanyak 18 butang serta satu joystick analog, serta sokongan kepada lebih 52 arahan. Salah satu tujuan utama OpenOfficeMouse adalah untuk membolehkan para pengguna menggunaan OpenOffice dengan lebih efisyen berbanding sebelumnya.
BlackBerry Bold 9700 Di Perkenalkan Oleh RIM
Produk terbaru daripada RIM, iaitu BlackBerry Bold 9700 telah pun diumumkan secara rasminya hari ini, setelah sekian lama dispekulasikan oleh para pemerhati. Bagi pengguna BlackBerry Bold 9000, dengan mengemaskini kepada gajet terbaru ini, anda akan mendapat memori aplikasi tambahan, beserta dengan penambahbaikkan kepada kelajuan prosessor dan juga kamera.
Apple Memperkenalkan Magic Mouse dan iMac Baru
Setelah menutup sementara laman Apple Store semalam, kini ianya kembali beroperasi semula dengan beberapa produk baru. Antara produk baru yang diperkenalkan kini adalah iMac baru dengan pilihan skrin seluas 21.5-inch dan juga 27-inch, Mac Mini dan MacBook yang dikemaskini, serta tetikus Magic Mouse, iaitu tetikus tanpa wayar pertama yang menggunakan teknologi Multi-Touch.
Nokia Kembali Dengan Konsep Ringkas Melalui Nokia 2220
Pada ketika membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri terkini dan terbaru, Nokia pada masa yang sama turut membangunkan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang minimal, dan ringkas. Terbaru pada sirinya, Nokia memperkenalkan Nokia 2220, yang mana dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ke-empat tahun ini. Telefom bimbit yang kelihatan ringkas ini membawakan fungsi radio FM, sokongan GSM, dan bateri yang boleh bertahan selama 400 jam.
Nokia X6 – Multimedia dan Internet Di Hujung Jari
Dalam dunia telefon bimbit yang bergerak pantas ini, Nokia sering muncul dengan inovasi demi inovasi dari masa ke semasa. Terkini, Nokia melalui siri telefon bimbitnya yang baru, memperkenalkan Nokia X6, iaitu telefon bimbit yang didatangkan dengan skrin sentuh, selain memfokuskan kepada multimedia, terutamanya permainan dan muzik. Ianya dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan November ini.
Sony Ericsson Aino Membolehkan Anda Mengawal PS3
Salah satu perkara menarik berkaitan dengan Sony adalah dimana mereka gemar mengintegrasikan segala gajet mereka antara satu sama lain, sekaligus memudahkan para pengguna mereka. Terkini, Sony Ericsson memperkenalkan telefon bimbit Aino yang mana salah satu fungsi padanya membolehkan para pengguna mengawal konsol PlayStation 3 dengan mudah, melalui suatu fungsi khas yang dinamakan Remote Play.








